Friday, February 25, 2011

glurppppp!!! dapat dengar ceramah semalam.....

~Assalamu'alaikum~
&
~salam sejahtera~


ehhh.....macam nak baca berita la pulak....hurmmmmm.....macam nie la...nak dipendekkan cerita...korang tahu tak...ermmm.....mesti la korang x tahu kan sebab aku tak bagi tahu lagi..... *_^ mmmm.....sebenarnya en hubby aku nak marah semalam....tapi dia tak sampai ati...so dia cuma bagi nasihat
la kat aku.....huhuhu....

cerita dia macam nie....
semalam dia bank in duit kat aku...pastu aku pun teruja la...lalu diriku ini pergi bershopping shopping ngan budak umah aku nie...aku beli la segala keperluan...pastu aku bayar duit sewa umah...baki yang tinggal cuma RM5....hihihi....then aku kol la en hubby...bagitahu  yang duit dia bagi dah pun abih....pe lagi...terkezut la jadinya sebab banyak jugak yang dia bagi...tapi nak wat macam mana..aku beli barang keperluan..sebab barang barang spare dah pun clear....pas majlis ari tu langsung tak beli pa pe...so kire ok la kan....
hehe....sori ye bang....


badan gatal disebabkan rawatan hot blanket

** nie lah masalah kaum hawa skarang nie....bukan akak nie jer..aku pun sama...sanggup ke salun berhabis riban riban semata mata nak slim cepat...naseb baek aku spesis yang suka gi trial ja...tak pernah plak nak wat full treatment....hurmmm....sian akak nie...dah abis duit beribu...kena tanggung sakit pulak...

nie yang aku terbaca tadi kat metro on9 tadi....

JOHOR BAHRU: Hasrat ibu kepada empat anak mendapatkan bentuk badan langsing bagi memikat suami bukan saja tidak kesampaian, malah kerugian RM10,000 apabila rawatan dijalani itu tidak berkesan.
Lebih memburukkan keadaan, wang dibelanjakan bukan saja tidak melangsingkan badan, malah menyebabkan tubuh wanita yang juga guru sekolah itu gatal-gatal hingga suami mula menjauhinya.

Hasanah (bukan nama sebenar), guru di bandar raya ini berkata, dia mengalami tekanan perasaan apabila suaminya bersikap dingin dan geli melihat badannya gatal-gatal terutama di bahagian berlipat pada tubuhnya.
Katanya, selain suami, anak muridnya menegur apabila setiap kali mengajar dia tidak berhenti menggaru di serata badan serta rimas apabila menahan gatal akibat berpeluh terutama ketika cuaca panas.

lanjut klik kat cnie



**bukan semua rawatan dapat hasil yang positif.....kadang kadang tak sesuai dengan sel sel kita...apa pun...berhati hati lah...peringatan untuk aku dan korang semua....

Thursday, February 24, 2011

||| lima ringgit....... |||

sumber : yahoo
nie duit idaman...sekadar hiasan...*_^ bukan yang aku dapat tadi.....

HOHOHO......epinya bila dapat RM5.00....kalau korang rasa RM5 tu xbanyak mana pun...tapi bagi aku...RM 5 tu dah cukup tinggi nilainya.....hihihi....apa pun...thanx to Kak Tim....malu sebenarnya nak terima duit nie...malu tapi mahu...tapi kena terima jugak sebab tak nak kak Tim kecik ati nanti...hahaha...boleh macam tu?????hurmmm...mesti korang pelikkan...sebab kitorang dapat RM5 nie...errr...bukan korang je pelik..aku pun pelik gak...nak kata raya...belum lagi...kak Tim bayar zakat kot....adehhhh...macam macam la....aku tanya gak kat kak Tim tadi...kenapa dia bagi kitorang sorang 5 hinggit nie...dia gitahu saje je nak bagi...dia dah anggap kitorang macam anak anak dia....aku yang dah de hubby pun dia bagi gak....ermmmmm......xpe lah...next time kitorang pulak blanja kak Tim sebab dah banyak kali kak Tim blanja kitorang.....

niway.....

THANX again to Kak Tim.......


cantik...langsing & menawan.....

image by yahoo

sape yang x nak cantik kan.....aku pun nak gak cantik...bukan tak bersyukur dengan apa yang ada....cuma nak menjaga apa yang diberi.....
aku dah sememangnya comey...bukan aku cakap...en hubby yang cakap macam tu....hehehe..apa pun....mencegah lebih baik dari merawat kan...kan kan....

hurm...kalau dah nama perempuan....dari ujung rambut sampai la ujung kaki mesti nak dijaga kan....kalau dulu zaman zaman skolah memang lah aku x amek kesah sangat sal bab bab nie...abis facial foam pun xpe...sabun mandi tu lah aku blasah wat cuci muka tapi pas masuk 20an...menda nie automatik dititikberatkan..korang pun mesti rasa macam yang aku rasa kan....tambah plak yang dah de en hubby macam aku nie..mesti la korang nak yang terbaek untuk en asben korang kan.....kalau bukan untuk diowang pun...korang mesti nak tengok diri korang sniri sentiasa menawan kan kan kan........tak heran lah kalau sekarang dah macam macam produk dijual kat pasaran.....dari penjagaan wajah, bentuk badan hinggalah ke alat solek....ada yang ori n ada yang tiruan....ada yang mahal n ada yang murah...so..korang kenalah berhati hati memilih barangan...sebab aku pun selalu jugak la ternoda dek pujuk rayu nie...

hisyyyyyy....susahkan ada nafsu banyak nie....tak terkawal rasanya....apa pun...aku harap apa yang aku guna sekarang tak dak kesan negatif untuk masa akan datang.....dan kecantikan tu seiring dengan kesihatan......

myMetro | Penyamun hentak cermin kereta curi beg

myMetro Penyamun hentak cermin kereta curi beg

SUBANG JAYA: “Saya cuba melawan penyamun berkenaan, namun mereka bersenjatakan parang dan tukul besi sebelum menghentak cermin kereta dan melarikan beg tangan adik perempuan saya,” kata mangsa samun sekumpulan empat lelaki di hadapan sebuah bank di USJ10/1F, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa yang menunggu dua adik perempuannya mengeluarkan duit di bank berkenaan cedera ringan di kaki dan tangan akibat terkena serpihan kaca dari cermin keretanya yang dipecahkan.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Cheng berusia lewat 30-an yang juga seorang ahli perniagaan, berkata ketika kejadian, dua adik perempuannya yang berusia 30-an baru mengeluarkan duit RM3,000 dan sebaik adiknya masuk ke dalam kereta, dua lelaki keluar dari sebuah kereta BMW yang diletakkan di depan keretanya dengan membawa parang dan tukul besi sebelum memecahkan cermin keretanya.

“Seorang lelaki memecahkan kedua-dua cermin sebelah kanan menggunakan tukul besi, manakala seorang lagi menghayunkan parang ke cermin belakang sebelum mereka merampas beg tangan adik saya.

“Mereka melarikan diri bersama dua lagi rakan yang sedia menunggu dalam kereta.

“Dalam beg tangan itu mengandungi sebuah i-pad, telefon bimbit dan wang RM3,000. Kami pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk membuat laporan dan ketika dalam perjalanan, kami ternampak kereta dinaiki lelaki terbabit yang sudah ditahan polis,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di sini, semalam.



**kes samun lagi.....dunia oh dunia......

Wednesday, February 23, 2011

myMetro | Dicekup curi seluar dalam

myMetro Dicekup curi seluar dalam


KUALA LUMPUR: Hanya mengidam memiliki seluar dalam berjenama terkemuka, seorang kerani sanggup mencuri sebelum bergelut dengan pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu kota, pagi kelmarin.
Kerani bank berusia 29 tahun berasal dari Pulau Pinang cuba melepaskan diri selepas dikejar pengawal keselamatan yang menyedari jenayah dilakukan suspek sebelum berjaya dicekup.



apalah nak jadi dengan manusia zaman sekarang nie....gara gara barang berjenama walaupun cuma seluar dalam...diowang sanggup memalukan diri sendiri....kalau seluar dalam tu boleh dipertontonkan...berbaloi jugak la kalau dicuri...tapi nie nak pakai didalam...motif???????

TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT

searching 4 info kesihatan tadi..then terbaca la 1 entri nie...okey jugak la untuk orang macam aku...jom kita share tips tips yang dia bagi....

TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT



  • Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.





  • Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah".



  • -yang nie wajib untuk orang Islam law xnak makanan korang tu di share wif menda laen.....yang baca doa tu lagi la bagus.......



  • Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.




  • - erkkk!!!yang nie aku selalu wat...i'll  try to avoid dis....insyaAllah....




  • Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.




  • - oppppssss!!! sebut pasal puasa nie...aku belum ganti lagi sehari....nati bley la aku puasa..pastu continue ngan puasa sunat.....leh saving gak kan....



  • Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.




  • - hurmmm.....aku nie pagi pagi dah minum ais.....tengah ari pun ais lagi....



  • Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.




  • - yang goreng tu la sedap.....everyday aku amek dalam kuantiti yang banyak...nak kena kurangkan la.....



  • Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.




  • - dah kurang ckit sebab dah lama x makan epal hijau ngan limau...kalau tak...buah buah nie aku akan makan ngan garam =)



  • Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.




  • - peberet aku nie....minuman berkabonat...tapi skunk dah kurang ckit...



  • Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.




  • - yang nie aku xsure lak...sebab makan kat cafe je...tak tahu la bahan apa yang diowang campurkan....



  • Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi )




  • - kena spare kurma kat umah nie....




  • Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.




  • -hurmmm....bley ke???try je la....




  • Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..






  • Sekiranya anda mampu mengamalkan perkara diatas, Alhamdulillah. SEKURANG-KURANGNYA ANDA TELAH MENUNAIKAN KEWAJIBAN IAITU MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT.

    **patut la aku nie memanjang je kurang sihat...amek makanan yang tak seimbang....hari hari ngadap piramid makanan...tapi x ikut pun.....kali nie insyaAllah aku akan ikut....walaupun kita semua sedia maklum yang semuanya datang dari Allah S.W.T ...tapi tak salahkan kita ikhtiar untuk menjaga apa yang diberi...so...jom sama sama try tips yang ada nie....

    Tuesday, February 22, 2011

    THE FACEBLOG

    SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
    TERIMA KASIH


    Edit
     
     
    korang korang yang berminat nak join faceblog nie jugak bley la klik kat cnie -----> THE FACEBLOG

    Monday, February 21, 2011

    mak sakit...so...balik bercuti di kampung....

    khamis lepas my mom kena minyak panas kat mata sebelah kanan....erkkk..minyak panas tu...kompom sakit kan....mula tu mak aku ingat x jadi pa pe la....so dia juz cuci mata guna air....pastu gi farmasi amek ubat...then dah leh wat kerja macam biasa...petang tu dia mula rasa pedih...akak aku pun bawak la gi spital parit buntar...bukan perkara kecik taw...my mom kena pemeriksaan lanjutan kat hospital taiping....da next day encik ayah pun bawak la my mom gi spital Taiping...haiiiiyaaaakkkk...kul 10.45 pun belom boleh jumpa doc....lambat tol la.....mak cakap...lepas diorang cuci ngan berbotol botol air baru nampak luka dalam mata...so mak kena gi semula 25 ari bulan nanti....

    **huhu...jangan terkezut...my hubby dapat balik...ekeke....baek la pulak en IC dia....senang pulak nak bagi balik...kira berhati perut jugak la incharge dia tu....

    **oleh kerana en hubby ku telah pulang...so...aku kenalah masak....dah tu dia request nak makan kari ikan lak...adehhhhh....mana la aku penah masak kari...huhu...naseb baek la puan emak ada..leh soh tolong ajarkan...hehehe....thanx mom...dapatlah kami lunch nasi putih berlaukkan kari ikan, sayur goreng, ikan goreng n telur goreng......hihihi..oleh kerana nie 1st time aku masak kari...jadi aku pun belanja cik parah ain makan kat umah aku....kire upah la sebab dia bagi pinjam pendrive...^_^


    sekadar hiasan +_+

    menggedikz jap depan kamera
    nie time nak gi kenduri...sebelum masing masing kena balik ke tempat asal....huhu

    Friday, February 18, 2011

    taktik si pencuri yang xberperikemanusiaan

    lepas kejadian itam yang berlaku ari tu…diri ini keterasaan ketraumaan yang ketersesangatan….huhuhu…ye la…sape lah yang nak jadi mangsa vandalisme oleh mereka mereka yang tidak bermoral kan…..eeeeiiiiiii geeeraaamm tol la… tapi nak wat camne…dah terjadi pun…so…kat cnie nak share ckit ngan korang cara terbaru diowang wat kerja selain campakkan telur kat cermin keta korang……

    Sumber :  FB ~ BOMBA SELANGOR 
    BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA 
    -- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.
     Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.
     Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.
     Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!
    BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN
     Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.
    *pesanan dari en bomba :-
     Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.
     Zaman la mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat
    *kekadang bila difikirkan smula…bebudak pencuri nie pandai jugak…ye la…law tak…macam mana diowang leh terpikir teknik teknik baru untuk klentong kita kan…sal la diowang nie x cari keja…sumbangkan idea idea kreatif diowang tu kat tempat yang betul…kalau diowang nie berniaga mesti untung berganda kan kan kan…hurmmm…keja macam nie menyusahkan orang ramai…dah la tu…law kena tangkap x ke susahkan diri sniri…insaflah wahai manusia……
    My dearest frenz :~
    ~berhati hati k…smoga Allah S.W.T melindungi kita semua….amiiinnn~

    Thursday, February 17, 2011

    REZEKI

    Alhamdulillah..Syukur sangat……aku dah dapat post sambilan kat induk jugak…jadi…xyah la penat penat nak mikir umah sewa n nak berpindah randah nati…thanx sangat kat penyelia aku; Pn Fadzillah coz dia yang susah payah keluar masuk bilik bos untuk mempercepatkan proses nie…..n today…berita gembira sampai ke telinga aku….bukan aku sorang ja….ketiga tiga geng jahat dapat…+_+...xsia sia interview last minit semalam…sampaikan kena stay back till kul 7 lebey…surat x dapat pun lagi…tapi diri ini dah tersioookkkk lebey…
    **0oopppppssss terover la pulak aku nie…macam dapat post tetap ja….hihihi…bukan apa pun…bagi aku dapat post sambilan nie pun dah kira cukup bersyukur la…law dapat tetap lagi la bagus…hehehe…tapi nie pun dah ok lah dari dapat gaji per hour kan…public holiday pun teragak agak nak cuti…..yer r…orang laen sioookkk bercuti kite nie sedey sebab gaji x jalan….sob sob ='(  ...hurmmm...tapi law korang kat tempat aku skunk...mesti korang rasa pe yang aku rasa kan kan kan......
    **aku dah pun tolak tawaran ippt…sorry ye kak…banyak maen lak aku nie…tadi kol kak ida btaw nak tolak tawaran….naseb baek la dia x marah…hihi…kak ida said, “ aik?!! tak jadi pulak…semalam kak fadzillah cakap terima “ then aku pun cakap la yang kat cnie dah pun wat interview semalam….dia kata x pa lah…juz faxkan jawapan… *_^ tentiu kak ida…huhu….selamat aku….takot sangat kena marah sebab dah banyak kali delay..wat diowang tertunggu tunggu….last last xnak trima pun….
    **tamat lah riwayat keserabutan yang melanda diriku untuk a few days kebelakangan nie…hehehe**



    To cik hana : sorry…kerusi nie masih milik diriku…..ekeke







    To my luv : xyah risau dah taw….ujian kecik je nie…..






    To adik sufiranina : saya masih disini menyemakkan bilik tidur dan keretamu……hahaha

    Wednesday, February 16, 2011


    Ilang tros mood aku ari nie…….nape la diowang wat macam nie……sampai ati…dah xnak amek cakap je la xnak…xyah ler aku nunggu macam pemintak sedekah lak…bukan pe aku x nak la sebelah pihak lagi menunggu aku….kang yang dikejar xdapat…yang dikendong berciciran…maen maen tol…tahu la diowang nie dibawah 1 naungan….tapi jangan lah wat suka ati macam tu……sedey kot….hurm…redha je la…pe nak jadi pun jadi la…malas dah nak pikir…lagi dipk..lagi semak otak nie….
     out lah...dah xde menda nak naip nie....

    ~Papai~

    ~SaLaM~

    Tuesday, February 15, 2011

    errrrrrrrr

    ari nie aku kene pulang ke pangkuan bebudak umah lorr.....huhu...sok kilija.....sebenarnye aku nie masih dalam dilema...nak pegi or x ke tempat baru...tempat skunk dah selesa sangat...ye la...dah de kengkawan..umah sewa....bukan senang nak cari umah sewa kat sane nanti...dah ler aku x kenal sesape....transport lagi....macam macam nak kene pikir....tapi law aku x trime peluang nie...aku lah yang paling rugi...bukan senang nak melangkah ke 1 tangga lagi....walaupun bukan post tetap....tapi atas ckit la dari jawatan aku yang skarang nie....hadoiiiii...dah ler en hubby aku x dapat balik this week...x dapek den nak bermanja.....eh...salah pulak....yang tu sampingan...hihi *_^ xdapat nak mintak tolong mengangkat barang barang nanti.....hurm......xpe lah.....masti ade jalan penyelesaian kan......insyaAllah...mana ada kemahuan....disitu ade jalan kan.....pray 4 me k....

    **semalam aku gi amek sijil nikah...ermmm...macam macam la perangai orang nie....aku gi sane...xdilayan sebaeknyer....aku bukan la mintak diorang sambut aku dengan red carpet pun...at least beri lah senyuman....x menggoda pun xpe....cakap la bebaek....aku nak gi amek sijil je pun...bukan nak gi cari gado or nak mintak sedekah...tension tol...naseb la aku nie pemurah ngan senyuman....terperasan lak..hihihi..senyum la jugak walaupun sakit ati....xsalah kan sama sama hormat menghormati...jadi senyum la...selain awet muda leh gak dapat pahala free kan...kan...kan.....




    tingat lagu patriotik yang jadi lagu tema prs kat polisas dolu dolu.....meh kita nyanyi ramai ramai....

    Senyum seindah suria
    Yang membawa cahya
    Senyumlah dari hati
    Duniamu berseri
    Senyum umpama titian
    Dalam kehidupan
    Kau tersenyum ku tersenyum
    Kemesraan menguntum
    Senyum... kepada semua
    Senyumanmu amatlah berharga
    Senyum... membahagiakan
    Dengan senyuman terjalinlah
    Ikatan...

    Saturday, February 12, 2011

    Salam Maulidur Rasul



    Rabiulawal adalah bulan ketiga mengikut kalendar Islam. Rabiulawal bererti musim bunga yang pertama. Ia amat terkenal dikalangan masyarakat Islam kerana didalam bulan inilah Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dilahirkan iaitu pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi. Perlantikan menjadi Rasul pada 9 Rabiulawal bersamaan 610 Masehi dan kewafatan baginda Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam pada 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijriah.
    * Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi..
     Sebagai Hamba Allah yang taat kepada perintah-Nya dan Rasul-Nya hendaklah mengingati hari kelahiran Junjungan besar kita Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam dengan memperbanyakkan zikir dan selawat tanda bersyukur kepada Allah diatas limpah kurnia-Nya mengutus Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam yang membawa manusia kejalan kebaikan dan menegah daripada jalan kejahatan. Kewajipan kita sebagai umat baginda ialah menyambung perjuangan baginda itu dengan menyeru manusia kepada jalan Allah dan menegah daripada perbuatan mungkar.
    Firman Allah subhanahu wa ta'ala dalam surah Ali-Imraan ayat 31-32:

    Terjemahannya:
    "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad); "Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang.


    Hukum Sambutan Maulidur Rasul
    Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.
    Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid’ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.
    Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat.

    **Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti biasa.


    Sumber :~
    1# Kementerian Hal Ehwal Islam Brunei Darul Salam.

    sakit & rezki

    Semalam mc….gastrik lorrr…dah lama perut nie x wat hal…tiba tiba dia mengamok plak…..adoiiii…penat aku muntah muntah semalam…siap cirit birit…..last last kosong dalam perut….abis lembik badan aku nie…rasa macam jalan atas awan plak……start 5.30 pagi sampai la kul 8.30….sian roommate aku..maybe die x penah tengok aku sakit macam nie…die lak risau lebey….die pun bawak la aku gi klinik…xpasal pasal die kene masuk keje lewat….aku dah cakap yang aku akan okey…tapi die bekeras gak nak bawak…aku ikut je la…..dah la tu…kene cocok kat montot nie nak bagi stop muntah…adehhhhhh….satetnya montot….lali je rase…..melayang 50 hinggit……hahaha…1st time kot aku kene sampai RM50.00…sebelum nie xpenah lebey dari 30 hinggit pun…..terpakselah cik safina nie bayarkan dulu…next week baru aku gaji….hihihi…..
     nie ubat ubat aku...huhu
    bosan tol nak kne makan ubat ubat nie....



    dapat mc bukan guna pun.....sebab aku cuti xde gaji..huhuhu...

    **dalam sakit sakit macam nie…..dapat koling dari IPPT….
    Cik A : boleh saya bercakap dengan nur adinie?
    Me : ya saya…
    Cik A : saya dari IPPT nak bagitahu yang cik lulus interview dan diterima bekerja…adakah cik terima tawaran nie?
    Me : boleh saya bagitahu jawapan hari isnin nie x?kalau saya terima bila saya boleh mula bekerja?
    Cik A : secepat mungkin…
    Me : kalau macam tu saya akan bagitahu semula….
    **Alhamdulillah…rezki…walaupun offer kontrak jgak..sekurangnya-kurangnya aku dapat gaji bulanan…mudah mudahan aku serasi ngan tempat kerja baru….doakan aku ye……

    Thursday, February 10, 2011

    PenCuRi !!!!

    tuluNNNNN ….tuuuulluuuNNNN…..ada pencuri…….huhuhuhu….semalam pas shopping kat pasar malam...kitowang pun kembali ke keta.....bawu nak letak barang...budak nie menjerit...siap nanges lagi....aku pun gi r tengok...abis cermin keta dier.....walaupun bukan keta aku yang kena ceroboh….aku turut kecewa dengan apa yang berlaku…..coz aku pun menumpang kereta budak nie aka budak bilik aku……sian dier…..bulan nie macam macam jadi kat dia….qada dan qadar Allah S.W.T sape la yang mampu tolak…redha je la…tapi hope sangat yang nie 1st n last  tragedi itam tu berlaku…
    PENGAJARAN : jangan sesekali tinggalkan apa apa spesis beg didalam keretawalau beg plastic skalipun… very very bahaya…tatotnyaaaaa….len kali insyaAllah x wat dah…..huhu…

    v

    v

    v
    tengok nie…macam xde pa pe kan………

    hurmmm...
    tengok nie plak....

    v

    v

    v

    trok betol….die pecahkan side kanan..so xde sape yang leh prasan kan…

    Hancur semata mata nak amek beg laptop….walhal dalam tu hanya ada buku bisness je…so skunk nie semua kne beringat k…jangan tinggalkan beg kat mana mana seat walaupun xde menda yang berharga dalam beg yang korang tinggal tu….tak pasal pasal je kene kuarkan 300 lebey untuk beg yang berharga RM30….
    p/s : doa doalah moga tak jadi kat korang….

    Wednesday, February 9, 2011

    Tetiba teringat zaman jadi student dolu dolu…semua nie gara gara post puan sri kat wall group geng pantai timur….

    **Aku nie bukan la pandai sangat…mengaji kat poli je yang paling tinggi pun…tapi zaman tu lah yang paling besh…zaman kenakalan bermaharajalela… +_+ … asalnyer aku nie amek sijil je kat poli tu…pastu continue diploma kat poli yang sama…kire 2 tahun setengah gak la aku kat kuantan…walaupun masa tu tak lama mana pun…banyak memori yang terlakar mase aku kat sana…windu toll…..saat saat fly hostel…sanggup jadi penyu - tido kat atas pasir pantai TC…tido kat taman permainan bersebelahan tanah perkuburan Benteng pun boleh…. *_^
    **Keluar ramai ramai….gi camping kat pantai Balok…..bile puasa je…gi berbuka kat padang MPK ramai….beshnyer….jap je masa berlalu….geng PT masing masing dah berpunya…4 dah kawen ~ kak na, sri, zifah n me~…lagi 2 dah bertunang ~ sue n umi ~…geng nakal aku kat hostel dulu de lagi yang study…ana je yang dah kawen…erin baru bertunang…farah n bai still continue study…nie lah geng yang paling kamceng ngan aku…kenal sape aku…tido sebilik sebantal sekatil setilam….makan sesame….n time jadi student  nie gak lah aku blaja makan budu n telur masin…hihihi
    nie time dah konvo

    **nie lah zaman aku nakal-nakal....

    Tuesday, February 8, 2011

    Apakah Hukum Sambutan Valentine?



    Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur'an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.: "Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus." (al-Hajj : 67)

    Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri." (Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959)
    Hadis ini mengingatkan umat Islam agar hanya menyambut sesuatu sambutan yang selaras dengan Islam serta syariatnya. Sambutan yang tidak berdasarkan syariat, apatah lagi jika ia mendedahkan umat Islam kepada pembaziran, pergaulan bebas, amalan syirik serta khurafat, sememangnya dilarang oleh agama.
    Nabi bersabda: "Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka." (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512)

    Sambutan Hari Valentine merangsang ke arah perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran serta membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.
    Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." (al-Israa' : 32)

    Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: "Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine's Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil." http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm

    Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya: "Iblis berkata: 'Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik." (al-Hijr : 39-40)

    Bersandarkan kepada hujah-hujah yang jelasa para ulama telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah HARAM bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: "Bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam".

    The Catholic Church no longer officially honors St. Valentine, but the holiday has both Roman and Catholic roots. (www.americancatholic.org/) 14hb Februari merupakan tarikh yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih.
    Hari yang dikenali sebagai Valentine's Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Maka terjadilah perbuatan-perbuatan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.  
     
    SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

    Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.

    *kalau nak tahu..meh klik kat bawah nie.....baca artikel sepenuhnya kat situ.......anda buat..anda dapat.....

    contest Senyum Tak Nampak Gigi

    Wahhh…nie 1st time nak join contest…baca entri cik nasuha tadi…macam besh je die tenyum sorang sorang x nampak gigi….tiba tiba rasa kegedikzkan nak join di tahap yang melampaui batas…pastu cepat cepat open folder cari gambor yang tak nampak gigi….

    hurmmmm....

    dah jumpa………


    ~Tadaaaaaaaa…..~

    V

    V

    V

    Jom ramai ramai join contest nie….pastu senyum kambeng sorang sorang k….
    Penganjur :muazatuladawiyyah
    Dateline: 27.2.2011
    5 orang budak tomey & encem yang di tag :
    xyra
    **wish me luck dear…..

    Monday, February 7, 2011

    ~sepanjang cuti CNY~

    Letihhhhh……… 4 ari cuti rase macam xpuas je…huhu….masa nie jeles tol ngan aku…tahun baru cina nie merakamkan detik  pertama kalinya aku berjalan ngan family en hubby….laen je rase…ye la…dah ade suami..kena la ikut…bukan leh suka ati gi mana-mana…smua kene seimbang…tanggungjawab pun dah makin besar…sebagai isteri dan anak…walaupun dah de suami…family sniri tetap  tak dilupakan…
    **pagi khamis bertolak ke lumut…nak tengok anak sedare die yang aku citer last post ritu….asalnye memang nak gi malam tu jugak…tapi atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan…kena la tunda ke khamis pagi….hurmmm….kesesakan lalulintas x payah cakap la…nama pun cuti kan….sabar je la…kebas montot dokk dalam kete…naseb bek dok ngan en hubby kat seat blakang…law x mesti dah jadi tunggul kayu…hihihi….
    #nie lah aksi gedikz pasangan baru kawen#
    **singgah umah sepupu en hubby jap sebelum meneruskan perjalan ke umah abg ipar ku….sampai je umah en abg ipar ku itu…terasa badan macam layang layang terputus tali lorrr…..hihihi…tapi kene cover la…xkan aku nak tdo lak…dapat tengok baby ilang ckit penat….tomey…kecik je…baru 21 ari..aku x berani nak angkat…lembut sangat…
    ~aida tasnim & ahmad taqif~
    **petang tu abg die ajak kitowang kuar gi beli ikan fresh…..tp malangnyer..ikan dah abisss…..oleh kerana kebosanan…abg die bawak kitowang gi jejalan…gi pulau marina…

    orang nak gi beli ikan...kitowang sempat snap gambo

    @ marina island~ramaikan anak anak aku...hihihi
    **sempat kitowang gi teluk batik jap…shopping ckit…oleh kerana aku xberduit…aku nengok je la…jage anak buah…sebelum balik en. Hubby sempat belikan seluar untuk aku…hehehe…*_^ thanx abang…aku x request…die yang nak beli…so aku time je…kang kecik plak ati die….huhu

    nie kat teluk batik....sentiasa bersama anak....*_^
    **sampai umah en hubby da lewat…baiki kete en hubby jap…tapi xleh naek gak… de masalah pe ntah….tapi x patahkan semangat untuk pulang ke parit buntar…kitowang balik malam tu gak….sampai dalam kul 1….sabtu aku gi wedding senior aku…pastu sempat gi jejalan kat bagan jap…relax2 tepi pantai…n malamnyer…..jalan jalan cari makan bersama family aku lak…semalam…balik penang naek motor….hehehe…besh gak…trasa macam baru bercinta lak ngan en hubby…miss u dear…xsabar nak tunggu minggu depan…


    **hurmmm…macam tu lah ceritanyaaaaa….singkat kan masa yang ade???letih pun x ilang agi…dah nak tanggung rindu lak…huhuhu….k lah…papai olllzz…..c u again….

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...