Thursday, February 24, 2011

myMetro | Penyamun hentak cermin kereta curi beg

myMetro Penyamun hentak cermin kereta curi beg

SUBANG JAYA: “Saya cuba melawan penyamun berkenaan, namun mereka bersenjatakan parang dan tukul besi sebelum menghentak cermin kereta dan melarikan beg tangan adik perempuan saya,” kata mangsa samun sekumpulan empat lelaki di hadapan sebuah bank di USJ10/1F, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa yang menunggu dua adik perempuannya mengeluarkan duit di bank berkenaan cedera ringan di kaki dan tangan akibat terkena serpihan kaca dari cermin keretanya yang dipecahkan.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Cheng berusia lewat 30-an yang juga seorang ahli perniagaan, berkata ketika kejadian, dua adik perempuannya yang berusia 30-an baru mengeluarkan duit RM3,000 dan sebaik adiknya masuk ke dalam kereta, dua lelaki keluar dari sebuah kereta BMW yang diletakkan di depan keretanya dengan membawa parang dan tukul besi sebelum memecahkan cermin keretanya.

“Seorang lelaki memecahkan kedua-dua cermin sebelah kanan menggunakan tukul besi, manakala seorang lagi menghayunkan parang ke cermin belakang sebelum mereka merampas beg tangan adik saya.

“Mereka melarikan diri bersama dua lagi rakan yang sedia menunggu dalam kereta.

“Dalam beg tangan itu mengandungi sebuah i-pad, telefon bimbit dan wang RM3,000. Kami pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk membuat laporan dan ketika dalam perjalanan, kami ternampak kereta dinaiki lelaki terbabit yang sudah ditahan polis,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di sini, semalam.



**kes samun lagi.....dunia oh dunia......

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...