Wednesday, February 23, 2011

TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT

searching 4 info kesihatan tadi..then terbaca la 1 entri nie...okey jugak la untuk orang macam aku...jom kita share tips tips yang dia bagi....

TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT



  • Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.





  • Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah".



  • -yang nie wajib untuk orang Islam law xnak makanan korang tu di share wif menda laen.....yang baca doa tu lagi la bagus.......



  • Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.




  • - erkkk!!!yang nie aku selalu wat...i'll  try to avoid dis....insyaAllah....




  • Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.




  • - oppppssss!!! sebut pasal puasa nie...aku belum ganti lagi sehari....nati bley la aku puasa..pastu continue ngan puasa sunat.....leh saving gak kan....



  • Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.




  • - hurmmm.....aku nie pagi pagi dah minum ais.....tengah ari pun ais lagi....



  • Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.




  • - yang goreng tu la sedap.....everyday aku amek dalam kuantiti yang banyak...nak kena kurangkan la.....



  • Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.




  • - dah kurang ckit sebab dah lama x makan epal hijau ngan limau...kalau tak...buah buah nie aku akan makan ngan garam =)



  • Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.




  • - peberet aku nie....minuman berkabonat...tapi skunk dah kurang ckit...



  • Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.




  • - yang nie aku xsure lak...sebab makan kat cafe je...tak tahu la bahan apa yang diowang campurkan....



  • Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi )




  • - kena spare kurma kat umah nie....




  • Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.




  • -hurmmm....bley ke???try je la....




  • Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..






  • Sekiranya anda mampu mengamalkan perkara diatas, Alhamdulillah. SEKURANG-KURANGNYA ANDA TELAH MENUNAIKAN KEWAJIBAN IAITU MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT.

    **patut la aku nie memanjang je kurang sihat...amek makanan yang tak seimbang....hari hari ngadap piramid makanan...tapi x ikut pun.....kali nie insyaAllah aku akan ikut....walaupun kita semua sedia maklum yang semuanya datang dari Allah S.W.T ...tapi tak salahkan kita ikhtiar untuk menjaga apa yang diberi...so...jom sama sama try tips yang ada nie....

    3 comments:

    1. hehehe..makan jee bila org tegur dah gemuk baru la diet..

      ReplyDelete
    2. tak pun..bedal jeee sekali rasa diri tu come

      ReplyDelete
    3. cik sesape je : boleh diterima pakai gak idea tu...ekeke
      mak uda : yg tu mmg slalu dok wat dah...hihi

      ReplyDelete

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...